Portal Semasa akan kongsikan kepada anda pendaftaran perniagaan percuma untuk belia & ibu tunggal dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Memahami masalah rakyat Malaysia yang ramai terjejas pendapatan akibat daripada penularan wabak Covid-19, pelbagai cara dan iniasitif dilakukan oleh pihak Kerajaan Malaysia bagi memastikan rakyat Malaysia dari semua golongan terus menjana pendapatan sendiri untuk keselesaan hidup.

Satu inisiatif baru telah diperkenalkan untuk golongan belia dan ibu tunggal B40 iaitu inisiatif pendaftaran perniagaan percuma bagi mendorong golongan tersebut untuk menjana pendapatan dengan berniaga.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pendaftaran perniagaan percuma bagi golongan belia dan ibu tunggal.

KAEDAH PENDAFTARAN PERNIAGAAN PERCUMA

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata,

  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan merangka kaedah bersesuaian bagi membolehkan golongan berkenaan memanfaatkan skim pendaftaran perniagaan percuma

OBJEKTIF PENDAFTARAN PERNIAGAAN PERCUMA

Usaha SSM memperluaskan inisiatif pendaftaran perniagaan percuma kepada golongan belia dan ibu tunggal B40 adalah bagi:

  • melahirkan rasa minat untuk berniaga dalam golongan belia dan ibu tunggal
  • Menggalakkan lebih ramai penyertaan golongan belia dan ibu tunggal untuk menceburi bidang perniagaan
  • Membolehkan golongan belia dan ibu tunggal menjana pulangan pendapatan tambahan untuk menampung kehidupan seharian mereka
  • Merancakkan lagi pertumbuhan sektor perniagaan di Malaysia.
  • Merangsang dan merancakkan pertumbuhan sektor perdagangan domestik akibat impak pandemik Covid-19 yang melanda di Malaysia.

SKIM 1 PELAJAR 1 PERNIAGAAN (S1P1P)

SSM juga menggalakkan belia dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk mendaftarkan perniagaan secara percuma melalui Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P) yang diperkenalkan pada 1 Januari 2017.

SKIM 1 OKU 1 PERNIAGAAN (S1OKU1P)

Golongan OKU juga digalakkan untuk memanfaatkan Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1OKU1P) yang ditawarkan SSM bagi mendaftar perniagaan baharu dan memperbaharui pendaftaran perniagaan secara percuma. Skim ini mula diperkenalkan pada 23 Oktober 2012.

INISIATIF SSM

Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh SSM untuk membantu semua golongan dalam perniagaan, antaranya:

  • Pembangunan produk SSM BizTrust pada 20 Julai 2017, bertujuan mewujudkan persekitaran perniagaan yang beretika dalam talian
  • Lanjutan tempoh pendaftaran SSM BizTrust percuma sehingga 31 Disember 2021
  • Tempoh moratorium 30 hari dari tarikh berakhir PKP untuk menyerahkan dokumen berkanun SSM mengikut Akta Syarikat 2016 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 yang perlu dikemukakan mulai 18 Mac sehingga 30 September lalu
  • Pengecualian fi lewat serah simpan bagi dokumen berkanun
  • Pelanjutan masa untuk serah simpan penyata kewangan kepada SSM bagi tahun kewangan berakhir 1 September 2019 sehingga 31 Mac 2020.
  • Pelanjutan masa juga diberikan kepada syarikat untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan. Syarikat perlu membuat permohonan kepada SSM dan pengecualian fi sebanyak RM100 diberikan bagi kedua-dua tujuan berkenaan

Baca juga: Semakan Status Bantuan Prihatin Rakyat 2021! Senarai Golongan Yang Layak Terima Bantuan

Untuk maklumat lanjut cara membuat pendaftaran perniagaan percuma bagi golongan belia dan ibu tunggal B40 seperti yang diperkenalkan, perkongsian ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.


Join Channel Telegram Kami https://t.me/portalsemasa