Bantuan
Bantuan Jaringan Prihatin Untuk Golongan B40, Calon SPM & STPM

Program ini menelan belanja sebanyak Rm1.5 bilion dan bakal memanfaatkan 8 juta penduduk Malaysia yang dari golongan berpendapatan rendah iaitu B40.
Yang lebih menarik adalah setiap rakyat Malaysia akan menerima bantuan Rm180 untuk dibelanjakan bagi mendapatkan kemudahan internet atau menampung kos pembelian telefon bimbit baharu.
Pihak industri juga turut menambah sumbangan sebanyak Rm1.5 biliom kepada golongan sasaran yang sama.

SENARAI PROGRAM JARINGAN PRIHATIN 2021 :
ia merupakan senarai program yang bakal dilaksanakan di bawah bantuan inisiatif PROGRAM JARINGAN PRIHATIN di mana akan membantu golongan B40, calon SPM dan STPM untuk menikmati jaringan Internet yang lebih baik bakal dilaksanakan pada suku tahun pertama 2021.
- CELCOM, DIGI, MAXIS, UMOBILE, TELEKOM MALAYSIA dan TIME akan menawarkan capaian wifi percuma di kawasan umum iaitu di 130 Program Perumahan Rakyat PPR terpilih di seluruh Malaysia bermula penghujung April 2021
- Manakala Pusat Internet Komuniti akan dilanjutkan waktu operasi bermula pada 9 pagi hingga 9 malam
- Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan pihak industri untuk melaksanakan program subsidi Jaringan Prihatin untuk golongan B40 seperti yang diperkatakan dalam belanjawan 2021. Program ini bakal bermula pada Mac 2021 dan melibatkan peruntukkan kredit telekomunikasi bernilai Rm180 seorang (Rm15 sebulan) atau subsidi bagi menampung sebahagian dari kos pembelian telefon pintar
- Data percuma 1GB yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia telah tamat 31 Disember 2020 lalu dan akan dilanjutkan semula sehingga bermula program susbsidi Jaringan Prihatin
- Syarikat telekomunikasi juga akan memperkenalkan Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 hingga peperiksaan tamat pada akhir 2021. Pakej Data Khas akan ditawarkan bermula Januari 2021.
Panduan untuk membuat permohonan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Post a Comment
0 Comments