Untuk makluman, masih ada peluang yang belum membuat permohonan i-Lestari KWSP.

Kami dari Portal Semasa akan berkongsi kepada anda cara  membuat permohonan i-Lestari untuk permohonan baharu.

Syarat Kelayakan
  1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;

  2. Berumur di bawah 55 tahun

  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

Tempoh Permohonan

Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

(Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)

BACA JUGA : Pemohonan I-Sinar Tidak Lulus ? ~ 4 Sebab Permohonan Tidak Lulus Oleh KWSP!

Cara Permohonan iLestari KWSP

Permohonan Pengeluaran i-Lestari boleh dibuat mulai 1 April 2020 sehingga 31 Mac (tarikh akhir) melalui saluran-saluran berikut :

  1. Secara dalam talian melalui i-Lestari Online yang disediakan di laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. Klik di sini untuk mengakses permohonan melalui i-Lestari Online (Rujuk langkah permohonan online melalui infografik di bawah)

  2. Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)

  3. Secara hantaran pos kepada alamat :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya
Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.

*Ahli disarankan untuk membuat permohonan melalui i-Lestari Online dan e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli) untuk mempercepatkan proses kelulusan.

Cara membuat permohonan iLestari online adalah seperti berikut:



*Permohonan secara manual yang dihantar melalui pos akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

*Permohonan pengeluaran oleh Ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui pos sahaja.


Semakan Status Pengeluaran

Langkah-langkah untuk Ahli menyemak status permohonan pengeluaran melalui i-Lestari Online adalah seperti berikut:

  1. Ahli perlu melayari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. Klik di sini untuk mengakses semakan status melalui i-Lestari Online.

  2. Klik pada tab SEMAK STATUS.

  3. Masukkan nombor MyKad dan nombor telefon bimbit.

  4. Klik pada kotak ‘Saya bukan robot’ (reCAPTCHA) dan klik pada butang SEMAK.

Cara Tukar Amaun Bayaran Pengeluaran

Ahli boleh mengubah amaun bayaran pengeluaran berulang melalui saluran berikut:
Secara dalam talian melalui portal i-Lestari Online. Klik di sini untuk kemas kini Pengeluaran i-Lestari melalui portal i-Lestari Online;

Secara dalam talian melalui Kemas Kini dalam i-Akaun (Ahli). Klik di sini untuk log masuk ke i-Akaun (Ahli);
Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, anda boleh hubungi KWSP melalui e-mel ilestari@epf.gov.my

KWSP HOTLINE : 03-8922-4848 / 03-8922-6000