Portal Semasa akan kongsikan kepada anda cara permohonan & kemaskini BPR 2021.

Seperti yang dimaklumkan dalam Belanjawan 2021, Bantuan Prihatin Rakyat atau permohonan BPR 2021 akan dibuka kepada lebih ramai penerima.

Untuk makluman, borang permohonan baru Bantuan Prihatin Rakyat kini telah dimuatnaik di laman web rasmi https://bpr.hasil.gov.my/.

Bagi pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang telah lulus, anda cuma perlu membuat kemaskini maklumat sama ada secara online atau manual.

Syarat & Kriteria Kelayakan BPR 2021

KATEGORI KELAYAKAN

Kategori kelayakan bagi pemohon BPR 2021 adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah
  1. Kahwin; atau
  2. Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak; atau
  3. Bujang (termasuk OKU) berumur 60 tahun ke atas
  • Bujang
  1. Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak; dan
  2. Had umur:
  3. 21 tahun hingga 59 tahun; atau
  4. 18 tahun hingga 59 tahun bagi kategori OKU

KRITERIA KELAYAKAN

Pemohon BPR 2021 perlulah memenuhi kelayakan mengikut kategori seperti berikut:

  • Isi Rumah
a) Pemohon
  1. Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
b) Pasangan
  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
  • Anak (jika mempunyai anak)
  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
  • Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan
  • Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan
  • Had umur:
  • 17 tahun dan ke bawah; atau
  • 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta

  • Bujang
Pemohon
  • Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
  • Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
  • Lelaki atau wanita yang berumur:
  • 21 tahun hingga 59 tahun; atau
  • 18 tahun sehingga 59 tahun bagi ketegori OKU
Cara Permohonan & Kemaskini BPR 2021

NOTA:

  • Pemohon perlu membuat KemasKini adalah Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus
  • Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah: Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

A. Cara Membuat Permohonan Baru BPR 2021 dan kemaskini online:
  1. Sila layari laman web https://bpr.hasil.gov.my
  2. Anda perlu log in menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang didaftarkan semasa mendaftar BSH.
  3. Untuk Permohonan Baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk log masuk.

*Anda juga boleh membuat permohonan melalui aplikasi Semakan Bantuan Prihatin Rakyat dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit

B. Cara mohon BPR 2021 / Kemaskini Secara Manual (Permohonan Melalui Borang)

Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
  • Portal Rasmi BPR LHDNM (atau muat turun di bawah ini)
  • Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Anda boleh menghantar Borang BPR 2021 di kaunter-kaunter berikut:
  • Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
  • Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
  • Pejabat Daerah / Pejabat Residen

Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:

Peti Surat BPR
GPO Shah Alam
40800 Selangor

*Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

MUAT TURUN: Borang Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021


Dokumen Yang Diperlukan

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

Pemohon:
  • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
  • Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
  • Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Pasangan:
  • Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
  • Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
Anak:
  • Anak Kandung
  • Salinan MyKad / MyKid; dan
  • Salinan Sijil Lahir
Anak Angkat
  • Salinan MyKad / MyKid; dan
  • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Tarikh Akhir Permohonan BPR 2021 / Kemaskini Maklumat

Tempoh Permohonan dan Pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).

Semakan Status BPR 2021

  1. Semakan Status permohonan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:
  2. Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  3. Semakan secara Aplikasi Mobile BPR:
  4. Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
  5. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
  6. (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  7. MoF: 03-8882 4565 / 4566
  8. (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  9. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
Maklumat Lanjut

Hotline BPR LHDNM: 1-800-88-2747
Hotline BPR MoF: 03-8882 4565/03-8882 4566
E-mel: bpr@treasury.gov.my