Kerajaan Malaysia telahpun mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM 1,000  melalui Geran Khas Prihatin Tambahan, atau pun GKP Tambahan yang akan diberi kepada peniaga dan penjaja di Sabah semasa Belanjawan 2021.

Namun penambahan kes penularan wabak Covid-19 yang melibatkan semua negeri telah menyebabkan kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menyebabkan ramai peniaga yang terjejas.

BACA JUGA : [BANTUAN] PERMAI-Pembayaran Pendahuluan Sebanyak RM 1,000 Kepada Pemohon I-Sinar KWSP Kategori 2!

Perdana Menteri Malaysia dalam pengumuman pakej bantuan Permai telah memperluaskan inisiatif GKP Tambahan yang melibatkan peniaga dan PKS di seluruh negara.

GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN (GKP TAMBAHAN)

GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.

SYARAT KELAYAKAN GKP TAMBAHAN

Siapa yang akan menerima GKP Tambahan pada tarikh bayaran GKP Tambahan? GKP Tambahan akan diberikan kepada:
  • Penerima yang lulus GKP 1.0
  • Penerima yang lulus GKP 2.0
  • Pemohon rayuan GKP yang lulus
Semakan penerima yang lulus GKP 1.0, GKP 2.0 dan rayuan GKP boleh disemak di pautan berikut:

https://gkp.hasil.gov.my/

Jika anda buat semakan dan lulus, anda layak terima GKP Tambahan tanpa perlu membuat sebarang permohonan buat masa ini.

JUMLAH BANTUAN GKP TAMBAHAN

Jumlah bantuan GKP Tambahan diberikan secara one-off seperti berikut:
  • PKS mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – RM1,000
  • PKS mikro bagi lain-lain negeri – RM500



TARIKH BAYARAN GKP TAMBAHAN

Untuk pengetahuan semua, tarikh bayaran GKP Tambahan seperti yang dinyatakan oleh pihak LHDN adalah seperti berikut:
  • Tarikh bayaran GKP Tambahan: Mac 2021
KAEDAH BAYARAN GKP TAMBAHAN

Kaedah pembayaran GKP Tambahan adalah sama seperti pembayaran GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu:
  • Dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini.
  • Pembayaran hanya akan dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.
Buat masa sekarang, tiada sebarang permohonan dibuka buat GKP Tambahan. PKS yang memenuhi syarat dan kelayakan adalah automatik menerima GKP Tambahan pada tarikh bayaran GKP Tambahan yang dinyatakan di atas.