PEMBAYARAN PENDAHULUAN i-SINAR KATEGORI 2 SEBANYAK RM1,000

18 JANUARI 2021, KUALA LUMPUR, MALAYSIA ; Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pembayaran pendahuluan sebanyak RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2.


Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daya usaha itu adalah bagi menambahbaik kemudahan i-Sinar, khususnya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia.

AHLI HANYA PERLU MEMENUHI KRITERIA YANG DITETAPKAN & MENGHANTAR DOKUMEN SOKONGAN SECARA ATAS TALIAN

"Proses pembayaran pendahuluan i-Sinar Kategori 2 juga dipermudahkan kerana ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri bahawa mereka memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan dan menghantar dokumen sokongan secara dalam talian.

BACA JUGA : Permohonan Rumah Kos Rendah Pelbagai Negeri ~ Rujuk Segera!

KERAJAAN MINTA KWSP MUDAHKAN PROSES PEMBAYARAN 26 JANUARI 2021

"Kerajaan juga telah meminta KWSP mempercepatkan proses pembayaran pendahuluan ini, yang akan dibuat mulai 26 Januari."

MAKLUMAT LANJUT AKAN DIBERITAHU DALAM MASA TERDEKAT

Maklumat lanjut akan diumumkan oleh KWSP dalam masa terdekat," kata Muhyiddin hari ini.
Beliau berkata oleh yang demikian dalam Pengumuman Perdana Menteri Pakej Bantuan Khas yang disiarkan secara langsung pada Isnin.

Sumber: Astroawani.com