Bantuan
[BANTUAN] PERMAI - Permohonan Pakej Bantuan Ekonomi & Rakyat Malaysia ~ Senarai Bantuan Dari Kerajaan Malaysia!


Perdana Menteri YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN melalui sidang media khas hari ini mengumumkan sebuah lagi pakej ransangan ekonomi iaitu Pakej Bantuan Ekonomi & Rakyat Malaysia iaitu PERMAI yang melibatkan jumlah bantuan sekitar RM15 billion.
Antara senarai bantuan sepanjang tahun 2021 ini adalah
SENARAI BANTUAN PERMAI 2021
- Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, serta pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank-bank, seperti yang diumumkan sebelum ini
- JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak menerima
- Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021
- Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Januari 2021
- Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, sebanyak RM300 kepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini
- Mereka yang terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan sehingga 31 Mac 2021
- Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambahbaik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor.
- Bantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing
- KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir
- Program Subsidi Upah - Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500
- Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta
- Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini sehingga April
Sebarkan kepada keluarga dan rakan-rakan anda !
Post a Comment
0 Comments