Bantuan
[i-SINAR] Panduan Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat & Semakan Status Bayaran Kini Dibuka!
Pihak KWSP telah mansuhkan syarat-syarat i-Sinar yang dinasihatkan oleh Perdana Menteri , YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin agar dapat membantu ahli-ahli KWSP untuk kelangsungan hidup semasa pandemik Covid-19
Jumlah pengeluran dari akaun 1 serta jadual pembayaran maksimum selama 6 bulan adalah tetap dan individu yang belum membuat permohonan i-Sinar boleh memohon sehingga 30 Jun 2021 dimaklumkan oleh pihak KWSP

SEBAB PEMANSUHAN SYARAT-SYARAT I-SINAR
- Kemudahan pengeluaran kepada ahli KWSP
- Umur kurang daripada 55 tahun boleh membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 berdasarkan baki yang sedia ada
- Pemohon i-Sinar yang telah memohon berdasarkan kriteria semasa akan diluluskan secara automatik bermula 8 Mac 2021
PERMOHONAN I-SINAR TANPA SYARAT
Permohonan i-Sinar tanpa syarat mulai 8 Mac 2021 yang telah dimaklumkan oleh Pihak KWSP, ahli KWSP tidak perlu memuat naik sebarang dokumen untuk membuat permohonan i-Sinar tanpa syarat.
Bagi yang pernah membuat permohonan sebelum ini tetapi GAGAL, Pemohon layak memohon i-Sinar tanpa syarat.

PANDUAN PERMOHONAN I SINAR TANPA SYARAT
berikut panduan memohon i-Sinar tanpa syarat mulai 8 Mac 2021
1. Buka pautan https://isinar.kwsp.gov.my . Klik PERMOHONAN BARU

2. Isikan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit dan tekan TERUSKAN

3. Isikan Nombor OTP yang diterima ATAU Jawab Soalan Keselamatan

4. Tetapkan AMAUN PILIHAN, Tetapkan BAYARAN BULAN PERTAMA dan tekan TERUSKAN. Lengkapkan MAKLUMAT PEMOHON yang wajib diisi.

5. Lengkapkan MAKLUMAT PEMBAYARAN dan tekan TEKANKAN , Semak MAKLUMAT PEMOHON dan MAKLUMAT PEMBAYARAN dan Tekan HANTAR. Permohonan anda diterima dan akan diproses.

Hanya 5 HARI sahaja tempoh kelulusan diambil.
SEMAKAN STATUS BAYARAN & KELULUSAN
Ahli boleh membuat semakan semula status bayaran dan kelulusan mulai 8 Mac 2021 bagi yang telah membuat permohonan sebelum ini dan masih dalam proses. Semua permohonan akan diluluskan dan ahli hanya perlu menyemak tarikh bayaran sahaja.

CONTOH SITUASI

Maklumat lanjut, boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 8922 4848. Untuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengursan Perhubungan KWSP di 03 8922 6000 atau lawat laman web https://www.kwsp.gov.my
Kongsikan kepada kepada keluarga dan rakan-rakan agar informasi ini bermanfaat kepada kita semua.
Post a Comment
0 Comments