Bantuan
[BPR]Bantuan Prihatin Rakyat Bayaran Fasa 2 Mulai 7 Mei Dan Tempoh Rayuan Akan Dibuka Mulai 15 Hingga 30 Jun 2021

Seramai 3.6 Juta isi rumah , 1 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang akan menerima bayaran berkenaan.

Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz berucap, peningkatan peruntukan adalah adalah penambahbaikan kadar bayaran kepada yang menerima BPR
Berikut disertakan Kenyataan Media Menteri Kewangan YB Tengku Zafrul berkenaan pembayaran Fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bernilai RM2.75 Billion secara berperingkat pada 7 Mei 2021 (Jumaat)

JUMLAH BAYARAN BPR FASA 2 YANG AKAN DITERIMA MENGIKUT KATEGORI
Berikut jumlah bayaran yang akan diterima:
SEMAKAN STATUS / MAKLUMAT PEMBAYARAN
Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat pada 7 Mei 2021 melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my
Untuk semakan status pembayaran BPR Fasa 2, sila rujuk langkah dibawah;
- Layari laman web rasmi BPR 2021 di https://bpr.hasil.gov.my
- Klik butan LOG MASUK
- Isikan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Tekan butang SEMAK STATUS
TARIKH PEMBAYARAN
Bayaran akan mulai 7 hingga 12 Mei bagi penerima yang isi rumah , warga emas dan individu bujang dan bayaran akan dikredit terus ke dalam akaun bank.
Untuk Penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah & Sarawak bayaran akan melalui Bank Simpanan Nasional mulai 17 Mei
PERMOHONAN RAYUAN
Bagi pemohon yang telah ditolak permohonannya masih boleh membuat rayuan berserta dakumen yang berkaitan dan akan disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Tempoh rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berkaitan Pembayaran BPR Fasa 2, sila rujuk saluran dibawah:
- Hotline BPR LHDNM: 1800-882-747
- Hotline BPR MoF : 03-8882-4565/03-8882-4566
- Emel: bpr@treasury.gov.my
Post a Comment
1 Comments
sila cek balik no tepon hotline lhdn tu....
ReplyDelete