Untuk Makluman anda, Kementerian Wilayah Persekutuan telah mulakan program MY5 sekitar pertengahan tahun lepas dengan kapasiti yang kecil. Kementerian Wilayah persekutuan telah memaklumkan akan memperkasakan Program MY5 bagi membasmi kemiskinan bandar sekaligus menambah baik jaringan keselamatan sosial dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan.

Program MY5 yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2021 adalah merangkumi pelbagai aspek dalam membantu pelbagai golongan yang layak.

Ikuti perkongsian Portal Semasa untuk ketahui manfaat buat warga Wilayah Persekutuan melalui program MY5.


BACA JUGA : Tarikh Bayaran BPR Fasa Pertama Dipercepatkan Kepada Penghujung Bulan Februari 2021!

MANFAAT PROGRAM MY5

Berikut adalah antara program utama di bawah MY5:

1. MYJob@Wilayah

Menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan kepada warga kota terutama yang terjejas akibat COVID-19 dalam enam bidang pekerjaan termasuk perkhidmatan, pembinaan, penyelenggaraan, pembersihan, pembuatan dan pembungkusan dari program ini.



2. MYSchoolBus@Wilayah

Bertujuan membantu meringankan beban perbelanjaan tambang pengangkutan bas sekolah  daripada golongan berpendapatan rendah pula akan diperluaskan ke dalam 158 kawasan perumahan awam dan swasta kos rendah melibatkan hampir 10,000 murid dari program ini.



3. MYgrocer@Wilayah

Kementerian juga menyasarkan untuk memperluas program MYGrocer@Wilayah yang menawarkan kepada golongan B40 membeli barangan dapur pada harga hingga 20 peratus lebih rendah ke 158 kawasan perumahan kos rendah awam dan swasta serta kampung tradisi sekitar ibu negara.



4. MYFood@Wilayah

Kementerian mengharapkan lebih banyak sambutan dan kerjasama strategik dari pihak swasta untuk menjayakan MYFood@Wilayah dalam memastikan bantuan makanan percuma boleh dinikmati kepada lebih ramai golongan memerlukan.





5. MYMedic@Wilayah

Menyediakan rawatan asas dan pemeriksaan percuma menerusi klinik bergerak kepada warga kota yang kurang berkemampuan secara mingguan juga akan dikembangkan kepada lebih banyak kawasan.



6. MYBeras@Wilayah

Sumbangan beras menerusi program ini akan dilaksanakan mulai 1 Februari hingga Jun 2021 bagi meringankan beban warga Wilayah Persekutuan yang terjejas akibat COVID-19.

Untuk permulaan sebanyak 23,000 kampit beras sumbangan dari badan korporat dan orang ramai akan diagihkan tiga kali seminggu menerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan anda, semoga informasi ini bermanfaat kepada kita semua.