Untuk pengetahuan anda,tarikh bayaran BPR 2021 fasa pertama akan dipercepatkan kepada penghujung bulan Februari 2021 daripada April / Mei yang dijadualkan sebelum ini.

Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 akan diterima oleh pemohon lulus sedia ada BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan dengan pendapatan isi rumah terhad RM5,000 dan pendapatan bujang terhad RM2,000.

BACA JUGA : Panduan Permohonan Dan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR) Menggunakan Borang!

Berikut adalah informasi terkini tentang bayaran fasa pertama BPR 2021 yang dimaklumkan oleh pihak LHDN melalui kenyataan rasmi di laman rasmi Bantuan Prihatin Nasional.



Jumlah Bayaran BPR Fasa Pertama

Bayaran Fasa Pertama yang akan diterima adalah seperti berikut:
  • Kategori Isi Rumah : RM300
  • Individu Bujang berumur 21 tahun – 59 tahun / OKU berumur 18 tahun – 59 tahun : RM150
Tarikh Bayaran Fasa Pertama BPR 2021

Pembayaran Fasa Pertama bermula pada penghujung Februari 2021 secara berperingkat.

Kaedah Pembayaran
Pembayaran Fasa Pertama adalah seperti berikut:

i.Kredit ke Akaun Bank.
  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang lulus dan berjaya kredit BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan.
ii.Tunai di Kaunter BSN
  • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya pembayaran terakhir BSH 2020 / BPN 2.0 adalah secara tunai.
Tarikh Akhir Permohonan / Kemaskini

Tarikh akhir permohonan atau kemaskini maklumat adalah 15 Februari 2021.

Buat pemohon yang telah lulus BSH 2020 atau BPN 2.0, mereka hanya perlu membuat kemas kini di portal rasmi https://bpr.hasil.gov.my.

Maklumat Lanjut 

Untuk mendapatkan informasi terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, sila rujuk dibawah:

Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my
Hotline BPR LHDNM : 1-800-88-2747
Hotline BPR MoF : Hotline BPR MoF
E-mel : Hotline BPR MoF