Bermula 1 Januari 2021, majikan yang menggajikan golongan belia berumur 18-30 tahun layak memohon bayaran RM1,000 melalui Program Perantisan di bawah Program PenjanaKerjaya 2.0.

Selain insentif perantisan kepada pihak majikan, program ini membenarkan para belia yang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap, menimba pengalaman bekerja dan meningkatkan kemahiran melalui on-the-job-training.

Apakah PenjanaKerjaya 2.0?

Ia merupakan program di bawah Kementerian Sumber Manusia (PERKESO) bagi memberi pengalaman bekerja jangka pendek sepenuh masa sekurang-kurangnya 3 bulan kepada para belia.

Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dalam alam pekerjaan melalui latihan on-the-job-training bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka. Tarikh permohonan bagi program ini akan bermula pada 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2021.

Insentif Perantisan

Insentif yang diterima bagi majikan / perantis program ini termasuklah:
  • Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mengambil lepasan sekolah dan graduan bagi Program Perantisan
  • Tempoh bayaran adalah selama 3 bulan dengan syarat kontrak perkhidmatan minimum selama 3 bulan
  • Gaji / elaun minimum adalah RM1,200/sebulan
  • Majikan hanya boleh memohon hanya 1 kursus latihan untuk perantis dengan kos maksimum RM4,000
  • Pekerja juga layak menerima elaun kesediaan kerja / bantuan

Syarat Kelayakan

  • Syarat kelayakan untuk menyertai Program PenjanaKerjaya 2.0 adalah:
  • Warganegara Malaysia
  • Lepasan sekolah / graduan berumur 18-30 tahun
  • Calon masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap
  • Calon mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana syarikat dan badan-badan berkanun

Syarat Tambahan

  • Syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di Portal MYFutureJobs
  • Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu mencarum dengan PERKESO
  • Majikan layak memohon 3 bulan insentif PenjanaKerjaya 2.0 di bawah kategori pekerja, sekiranya perantis berkenaan diserap sebagai pekerja tetap

Cara Permohonan

Majikan yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian melalui laman web https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my.

Bagi belia yang ingin menyertai Program Perantisan, sila daftar sebagai pengguna dan isikan maklumat diri untuk membuat permohonan melalui program yang ditawarkan melalui portal MYFutureJobs.


Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui Pegawai perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 03-8091 5300 / 1-300-22-8000 atau e-mel kepada penjanakerjaya@perkeso.gov.my