Untuk pengetahuan anda, Ahli KWSP kini boleh membuat pembetulan yang tersilap masukkan amaun pengeluaran i-Sinar untuk bulan pertama dan amaun keseluruhan.

PEMBETULAN AMAUN I-SINAR KWSP

Ahli KWSP ramai tersilap mengisi amaun pengeluaran i-Sinar lebih-lebih lagi untuk amaun jumlah pengeluaran bulan pertama akibat terlalu terburu-buru semasa membuat permohonan.


Oleh itu , Kami dari Portal Semasa akan berkongsi cara untuk membuat pembetulan semula amaun i-Sinar;

PANDUAN 1: MENGISI BORONG PINDAAN AMAUN PENGELUARAN 


Ahli KWSP mengambil borang tersebut di cawangan KWSP yang terdekat.

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA;
  • Nombor akaun Ahli KWSP
  • Salinan Kad Pengenalan / MYKAD
  • Salinan akaun Bank
Terus ke kaunter dan minta borang Pindaan Amaun i-Sinar

BACA JUGA : [i-Lestari]Permohonan Baharu Pengeluaran Rm 500 Sebulan Dibuka sehingga 31 Mac & Panduan Pembatalan Pengeluaran.

Lengkapkan borang tersebut dan cop ibu jadi pemohon kemudian kembalikan kepada kaunter yang bertugas

PANDUAN 2 : PEMBETULAN AMAUN PENGELUARAN I-SINAR SECARA ONLINE

I. Log masuk i-Akaun KWSP di secure.kwsp.gov.my
II.Kilik ENQUIRY

III.Klik i-Sinar
IV.Isikan maklumat yang diminta dibahagian ENTER FEEDBACK DETAILS dan klik NEXT
Anda hendaklah mengisi sebab yang jelas dibahagian DETAILS
V.Isi dengan lengkap maklumat pemohon di ENTER PERSONAL INFORMATION dan kilik NEXT
V.Sila semak semula maklumat permohonan sebelum anda klik SUBMIT untuk hantar


VII.Setelah permohonan anda dihantar, slip ada diberikan, Klik PRINT untuk simpanan masing-masing
SELESAI! Hanya perlu tunggu Pihak KWSP menghubungi anda melalui panggilan telefon ataupun email.

Semoga informasi ini bermanfaat kepada kita semua . Kongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan anda.