Tarikh Pembelian Nombor Pin UPU BSN Untuk Kemasukan Universiti Awam 2021/22

 

Calon SPM,STPM & Diploma Setaraf  boleh membuat permohonan ke Uniniversiti Awam (UA), Politeknik, Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA), dan Kolej Komuniti untuk sesi 2021/2022.

Berikut hebahan terkini Permohonan UPU Online, permohonan dibuka mulai 4 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021. 

Untuk pengetahuan anda, sebelum membuat permohonan para pelajar hendaklah membeli nombor pin unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran .harga nombor untuk ID UPU adalah RM 15.60 . Nombor ini adalah sulit dan tidak dibenarkan dikongsikan dengan orang lain. 

BACA JUGA : Program MY5 ~ Bantuan & Manfaat Untuk Golongan B40 Wilayah Persekutuan!


TARIKH UNTUK PEMBELIAN NOMBOR  PIN UNIK UPU

  • Buka : Februari 2021
  • Tutup 30 Mac 2021 (SPM) & 30 Mac 2021 (STPM/Setaraf)

PANDUAN MEMBELI NOMBOR PIN ID UPU DI BSN 2021

Terdapat 3 cara untuk membuat pembelian nombor Pin UPU seperti berikut :

  • Kaunter Bank Simpanan Nasional 

  • Melalui mesin ATM jika pelajar atau ibubapa mempunyai Akaun Giro BSN

  • Melalui Perbankan Internet MyBSN (Online Bank)



TARIKH MENGEMUKAKAN PERMOHONAN UPUONLINE SESI 2021/22
  • Buka : 4 Januari 2021
  • Tutup 31 Mac 2021
MAKLUMAT LEBIH LANJUT 

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Putrajaya
Phone : 03-8870 8200
Fax : 03-8870 6864
E-mail : upu@mohe.gov.my

SEMOGA INFORMASI INI BERMANFAAT KEPADA KITA SEMUA SILA KONGSIKAN KEPDA KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN .




Post a Comment

0 Comments