[i-Lestari]Permohonan Baharu Pengeluaran Rm 500 Sebulan Dibuka sehingga 31 Mac & Panduan Pembatalan Pengeluaran.

Untuk pengetahuan anda, tempoh pengeluaran i-Lestari masih berkuatkuasa 1 April sehingga 31 Mac 2021. Tetapi masih ramai lagi Ahli KWSP belum mengetahui cara untuk membuat pengeluaran i-Lestari dan ingin membuat pengeluaran i-Lestari, Portal Semasa akan berkongsi cara membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP
Sekiranya anda ingin untuk membuat pembatalan pengeluaran bulanan i-Lestari, permohonan mudah sahaja boleh dilakukan secara online.

MAKLUMAT TENTANG PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
- Tarikh Pengeluaran: 1 April 2021 hingga 31 Mac 2021
- Jumlah Pengeluaran: RM50 hingga RM500
CARA MEMBUAT PERMOHONAN BAHARU i-LESTARI
Jika pemohon yang pernah membuat pembatalan pengeluaran i-Lestari dan mahu membuat permohonan semula atau Ahli KWSP yang langsung tidak pernah membuat permohonan, namun ingin membuat permohonan sekarang, anda boleh mengikuti cari dibawah:
- Layari laman Rasmi ilestari.kwsp
- Klik PERMOHONAN BAHARU
- Isikan Maklumat Permohonan yang diminta dengan lengkap
- Klik HANTAR
Sila semak maklumat yang anda isi dengan tepat & sahih untuk memproses permohonan anda oleh pihak KWSP. Penukaran maklumat tidak dapat dilakukan selepas permohonan dihantar. Selepas permohonan dibuat semakan boleh dilakukan dalam tempoh 2 hari.
BACA JUGA: Berhati-Hati Dengan Email Palsu Bayaran Lebihan Cukai Pengeluaran i-Sinar!
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Status permohonan boleh disemak dengan cara berikut:
- Layari laman Semakan Status i-Lestari
- Masukkan Nombor MyKad dan Nombor Telefon
- Klik SEMAK
Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar ke Nombor Telefon Bimbit anda yang didaftarkan dalam permohonan untuk pengesahan pengkreditan pengeluaran telah dibuat.
PEMBATALAN PENGELUARAN i-LESTARI
Jika ingin membuat pembatalan pengeluaran i-Lestari boleh dilakukan secara online seperti dibawah:
- Pergi ke laman Pembatalan Pengeluaran i-Lestari
- Isikan maklumat yang diminta berserta Amaun Dimohon Sebulan
- Klik butang SEMAK
Objektif Pengeluaran i-Lestari adalah membantu meringankan beban Ahli KWSP untuk kelangsungan hidup semasa negara berdepan dengan pandemik Covid-19 pada waktu ini. Pihak KWSP menasihatkan kepada semua Ahli KWSP untuk membuat membuat pengeluaran sekiranya perlu sahaja. Jika tiada keperluan sebaiknya anda menyimpan wang simpanan anda untuk masa hadapan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk ke Cawangan KWSP berdekatan.
Semoga informasi ini bermanfaat kepada kita semua dan kongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan anda.
Post a Comment
0 Comments