Pada Jumaat, Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk melaksanakan 'TOTAL LOCKDOWN' fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun sehingga 14 Jun dengan penutupan penuh sektor sosial selama 14 hari. oleh sebab itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan yang disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negera (MKN)

Oleh itu, Perdana Menteri YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN melalui sidang media khas hari ini mengumumkan Pakej Bantuan PKP 3.0 untuk membantu kelangsungan hidup rakyat dalam melaksanakan PKP penuh mulai 1 Jun 2021.

Antara bantuan yang diumumkan oleh Kerajaan adalah Bantuan Tambahan BPR 2021 kepada penerima yang sedia ada .

JUMLAH TAMBAHAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)

Perdana Menteri memgemumkan RM2.1 billon diperuntuk bagi tambahan kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Isi rumah bawah RM2500 
    -Tambahan RM500

  • Isi Rumah Bawah RM 5000
    -Tambahan RM300

  • Bujang 
    -RM100
TARIKH BAYARAN BPR TAMBAHAN

Bayaran BPR Tambahan akan dikreditkan ke akaun penerima masing-masing bermula Jun depan 

Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.