Perdana Menteri YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN melalui sidang media khas hari semalam mengumumkan Pakej Bantuan PKP 3.0 untuk membantu kelangsungan hidup rakyat dalam melaksanakan PKP penuh mulai 1 Jun 2021.

Selain itu, Peniaga yang terkesan juga akan dapat bantuan dari Kerajaan melalui Geran Khas Prihatin Tambahan sebanyak RM 1500. Ramai peniaga terjejas akibat tidak dapat beroperasi seperti biasa semasa tempoh PKP Penuh ini. 

Kerajaan membantu meringankan beban para peniaga dengan menerimaan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan ini yang ditambah dan akan dikreditkan secara 2 peringkat

BACA JUGA [Bantuan PKP 3.0] Bayaran BPR Tambahan Untuk Isi Rumah & Bujang

JUMLAH BANTUAN GKP TAMBAHAN 

Kerajaan terus membantu peniaga untuk menjalankan perniagaan, menyokong kelangsungan hidup perniagaan, khususnya kepada Peniaga Kecil Sederhana (PKS) 

Oleh itu, jumlah GKP akan ditambah sebanyak RM 500 :

  • Jumlah bantuan GKP Tambahan : RM 1500
TARIKH BAYARAN BANTUAN GKP TAMBAHAN 
  • Fasa Pertama RM 1000
    - Pertengahan bulan Jun 2021

  • Fasa Kedua RM 500
    -Bulan Julai 2021
Semoga dengan usaha Kerajaan untuk membantu PKS dapat meringankan beban sepanjang tempoh PKP Penuh ini. Harap semua rakyat Malaysia patuhi SOP yang dikeluarkan MKN.