[GKP] Geran Khas Prihatin 3.0 ~ Kemaskini Maklumat Akaun Bank Mulai 5 Sehingga 19 Mei 2021 Dan Cara Kemaskini Maklumat Akaun Bank GKP
Melalui pengumuman PEMERKASA, Kerajaan Malaysia telah memaklumkan akan memberi bantuan GKP 3.0 PEMERKASA kepada pemohon yang layak. Geran Khas Prihatin (GKP) Tamabahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada PKS mikro yang lulu GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan .
Bagi yang layak menerima GKP Tambahan ini diminta untuk mengemaskini maklumat akaun bank bagi kes-kes tertentu

TARIKH KEMASKIN MAKLUMAT AKAUN BANK
Penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 hendak mengemaskini maklumat akaun bank pada 5 Mei hingga 19 Mei 2021
KENAPA PERLU MENGEMASKINI ?
Penerima yang perlu mengemaskini maklumat akaun bank bagi penerimaan GKP Tambahan adalah;
- Jika status pembayaran GKP 1.0 dan GKP 2.0 GAGAL DIKREDITKAN
- Akaun bank pemohon GKP 1.0 dan GKP 2.0 sudah tidak aktif
- Maklumat akaun bank perlulah akaun bank peribadi atau akaun bank semasa peribadi pemohon
- Pastikan nombor akaun bank masi aktif
CARA MENGEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK GKP
Langkah untuk mengemaskini maklumat akaun bank seperti dibawah;
- Pergi ke portal rasmi GKP di pautan https://gkp.hasil.gov.my/
- Klik LOG MASUK untuk mengemaskini maklumat
- Masukkan ID PENGUNA dan klik SEMAK
- Sahkan kata kunci keselamatan dan klik YA
- Masukkan kata laluan dan klik LOG MASUK
- Pergi ke MENU KEMAS KINI AKAUN BANK
- Masukkan nombor akaun terkini yang aktif

Post a Comment
0 Comments