Selain Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Kerajaan Malaysia juga mengumumkan Program Jaringan Prihatin yang melibatkan bantuan sejumlah RM 180 seorang dan diperuntukan untuk 8 juta penerima dari golongan B40 untuk kegunaan berkaintan telekomunikasi 

Bantuan ini untuk kegunaan pembelian pelan data internet atau, meringankan kos pembelian telefon pintar baharu.

YAB Perdana Menteri Malaysia Telah merasmikan Jaringan Prihatin pada Rabu, 5 Mei 2021.


PROGRAM JARINGAN PRIHATIN

Insiatif Kerajaan Malaysia membantu golongan isi rumah B40 dan calon-calon yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dapat membantu menikmati kemudahan internet yang lebih baik.

Kerajaan Malaysia melalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi memberi fokus kepada golongan B40, calon SPM dan STPM bertujuan membina bakat dan kemahiran digital.

Kenyataan penuh tentang Jaringan Prihatin dan cara mendapatkan subsidi telefon pintar dan data peranti RM 300 & RM 180.

Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan pihak industri untuk melaksanakan program Jaringan Prihatin untuk membantu golongan B40 / penerima BPR diperuntukan dalam Belanjawan 2021

Bantuan yang disediakan seperti dibawah;

PENDAFTARAN SUBSIDI RM 300 / RM 180 JARINGAN PRIHATIN

Bagi yang ingin mendaftar subsidi Jaringan Prihatin akan dibuka pada 5 Mei hingga 31 Julai 2021 

Mendaftar melalui syarikat telekomunikasi dibawah:

Pendaftaran CELCOM Jaringan Prihatin
Pendaftaran DIGI Jaringan Prihatin 
Pendaftaran UMOBILE Jaringan Prihatin 

Bagi yang layak boleh mendaftar dengan syarikat telekomunikasi pilihan masing-masing dan menyertai program yang diiktiraf dibawah program ini.





Harap dengan info ini dapat membantu semua. Kongsi kepada keluarga dan rakan-rakan anda.