Bantuan
[BANTUAN] BPN 2.0 Fasa 2 ~ Semakan Status & Tarikh Bayaran (Januari 2021)


Kerajaan Malaysia hari ini telah mengumumkan bantuan tambahan di bawah insentif Bantuan Prihatian Nasional atau BPN 2.0.
Semakan BPN 2.0 kini boleh disemak di portal rasmi bpn.hasil.gov.my
Lain daripada itu, bantuan tambahan ini akan disalurkan secara terus kepada penerima BPN yang telah layak sebelum ini.
Bagi yang tidak layak dan mahu membuat permohonan, anda boleh membuat permohonan baru bermula 15 Oktober 2020.
Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran; pertama pada penghujung Oktober baki seterusnya akan dibuat pada bulan Januari 2021.
Kadar Bantuan Prihatin Nasional 2.0
Kadar bantuan adalah seperti berikut:
- RM1,000 untuk B40
- RM500 untuk B40 bujang
- RM600 untuk M40
- RM300 untuk M40 bujang
Bagi kategori B40, menerima bantuan sebanyak RM700 akan menerima pada Oktober baki seterusnya RM300 pada Januari 2021.
Sila rujuk jadual pembayaran rasmi di bawah:
Sila rujuk jadual pembayaran rasmi di bawah:

Pembayaran adalah berdasarkan kaedah pembayaran terakhir sebelum ini.

BACA JUGA : Panduan Permohonan i-Sinar Kategori 2 Dengan Dokumen Sokongan Bagi Individu Yang Tidak Layak Kategori 1
Bagi yang tiada akaun bank atau status GAGAL KREDIT, anda perlu membuat tuntutan tunai di cawangan BSN berhampiran.
Dan bagi penerima kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak, pembayaran akan dibuat secara tunai bermula Januari 2021.
Tiada sebarang kemaskini maklumat akaun dibenarkan ketika ini.
Tuntutan tunai ini hanya boleh dibuat setelah nombor siri wujud pada paparan semakan BPN 2.0 di https://bpn.hasil.gov.my/
Semakan BPN 2.0

Semakan status hanya boleh dibuat bermula pada 15 Oktober nanti.
Sekiranya terlupa kata laluan, anda diminta untuk menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.
Melalui BPN 2.0, kerajaan memperuntukkan RM7 bilion dana tambahan kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.

Tiada permohonan baru perlu dibuat sekiranya anda pernah menerima BPN sebelum ini.
Namun bagi anda yang cukup syarat kelayakan tetapi masih belum menerima BPN, rayuan dan permohonan baru akan dibuka nanti.
Permohonan Baharu
Permohonan baharu BPN 2.0 boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi bpn.hasil.gov.my bermula 15 Oktober 2020 sehingga tarikh tutup 15 November (sebulan).
Namun bagi anda yang tidak mahir mengisi borang atas talian, anda boleh menghantar permohonan secara manual dengan memuat turun borang permohonan BPN 2.0 di sini.
Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke mana-mana cawangan LHDNM berdekatan.
Tarikh semakan kelulusan permohonan baru akan dimaklumkan kemudian.
Tarikh Pembayaran
Menurut Facebook rasmi Menteri Kewangan, tarikh pembayaran BPN 2.0 akan dibuat bermula 26 Oktober secara berperingkat.
Pembayaran fasa kedua dijangka pada penghujung Januari 2021 selepas pembayaran pengeluaran i-Sinar KWSP.

Post a Comment
2 Comments
bila masuk BPN ni
ReplyDeleteBila masuk baki bpn
ReplyDelete