Portal Semasa akan kongsikan kepada anda panduan permohonan i-Sinar kategori 2 dengan dokumen sokongan bagi yang tidak layak kategori 1

Semakan status permohonan bagi pengeluaran i-Sinar KWSP kategori 1 boleh dibuat mulai hari ini. Bagi anda yang sudah mohon dan belum buat semakan status permohonan, anda boleh semakan sekarang DI SINI.

Tahniah kepada siapa lulus! Pemohon yang lulus hanya perlu tunggu bayaran pertama dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing pada tarikh bayaran pertama i-Sinar kategori 1 yang ditetapkan.

Bagi yang tidak lulus atau tidak layak mohon i-Sinar kategori 1, jangan bimbang kerana anda masih ada peluang untuk membuat permohonan i-Sinar kategori 2.

Siapa yang layak mohon i Sinar kategori 2 dan bagaimana nak buat permohonan i-Sinar kategori 2? Ketahui jawapannya di perkongsian bawah.


TARIKH MOHON I SINAR KATEGORI 2

Bila tarikh mohon i-Sinar kategori 2? Anda boleh membuat permohonan i-Sinar kategori 2 pada tarikh berikut:

Tarikh permohonan i-Sinar kategori 2: 11 Januari 2021


INDIVIDU YANG LAYAK MOHON i SINAR KATEGORI 2

Individu yang layak mohon i Sinar kategori 2 adalah:
  • Ahli yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas [jumlah gaji pokok termasuk bayaran lain seperti elaun dan elaun kerja lebih masa] 1 Mac 2020
  • Mempunyai dokumen sokongan sebagai bukti pengurangan pendapatan
DOKUMEN SOKONGAN UNTUK MOHON I SINAR
  • Permohonan i Sinar kategori 2 mestilah dilengkapi dengan dokumen sokongan berikut:
  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
  • Notis pemberhentian; ATAU
  • Bukti pemotongan elaun; DAN/ATAU
  • Tuntutan kerja lebih masa
DOKUMEN SOKONGAN UNTUK MOHON I SINAR

Permohonan i Sinar kategori 2 hendaklah dilengkapi dengan dokumen sokongan berikut:
  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
  • Notis pemberhentian; ATAU
  • Bukti pemotongan elaun; DAN/ATAU
  • Tuntutan kerja lebih masa
Menurut penjelasan CEO KWSP, beliau juga menjelaskan bahawa individu yang tiada apa-apa dokumen sokongan juga boleh mohon i-Sinar KWSP. 

CARA MOHON i SINAR KATEGORI 2

Berikut adalah langkah-langkah panduan permohonan i-Sinar kategori 2:



BAYARAN i SINAR KATEGORI 2

Semakan status permohonan i Sinar kategori 2 dan bayaran adalah seperti berikut:
  • Status permohonan i-Sinar kategori 2 akan dimaklumkan kepada pemohon dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.
  • Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya sekiranya permohonan i-Sinar kategori 2 anda diluluskan.
  • Baki pembayaran akan dibuat secara bulanan dan dikreditkan ke akaun bank anda mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda
  • Pembayaran bagi permohonan i Sinar kategori 2 yang lulus akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan
Sebarang pertanyaan mengenai permohonan i sinar kategori 2 boleh dibuat dengan menghubungi pihak KWSP di talian 03 8922 6000.